Home PolitikBarisan Nasional Jentera BN jangan leka dengan kemenangan sebelum ini – Zahid Hamidi

Jentera BN jangan leka dengan kemenangan sebelum ini – Zahid Hamidi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Semua jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini, sebaliknya menjadi penyuntik semangat untuk PRN Johor.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, seluruh jentera BN untuk bekerja dengan lebih kuat, padu dan bijaksana untuk memenangi PRN Johor pada kali ini.

Beliau berkata, seluruh rakyat Johor turut mendambarkan kestabilan dan kemakmuran untuk UMNO kembali mentadbir negeri itu.

“Begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) ketika PRN Melaka perlu diadakan,

“Namun akhirnya BN berjaya jua membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat rakyat negeri itu. Kisah BN menang besar PRN Melaka pada November 2021 masih segar dalam ingatan semua,

“Tidak boleh ‘overconfident’ (terlebih yakin) BN akan dapat laluan mudah untuk mengembalikan kesejahteraan buat mereka,

“Bersama kita terus mara ke hadapan demi menebus semula kestabilan dan kemakmuran yang dinodai sejak 9 Mei 2018,” jelasnya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Menurutnya, jentera BN perlu bergerak pada kadar maksimum di Johor kerana demografi yang sedikit berbeza.

“Lebih 700,000 pengundi muda yang akan mengundi antara menjadi tumpuan parti politik bertanding,

“BN tentunya begitu juga walau pengundi lama dan sedia ada tetap menjadi fokus gabungan politik ini. Media baharu dipenuhi gelombang biru BN perlu diteruskan sebagai salah satu pendekatan strategik,

“Kita yakin jentera BN di Johor yang turut dibarisi ramai anak-anak muda akan berjaya melakukannya. Selepas segala daya upaya kepada Yang Maha Esa kita berdoa memohon pertolongan dan kemenangan,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply