Home SemasaGlobal ASEAN tutup pintu penyertaan Myanmar dalam sidang Menteri Luar serantau

ASEAN tutup pintu penyertaan Myanmar dalam sidang Menteri Luar serantau

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Jan – ASEAN telah bertindak mengenakan tindakan diplomatik terhadap Naypyidaw dengan menyekat penyertaan Menteri Luar Myanmar dari menghadiri persidangan negara anggota serantau.

Tindakan diambil berikutan kegagalan kerajaan Junta Tentera Myanmar menghalang krisis dalam dalaman yang dilihat semakin parah.

Menurut Kementerian Luar Kemboja, tindakan adalah selaras dengan kegagalan Myanmar memenuhi Konsensus 5 Perkara (Five-Point Consensus) yang digariskan oleh ASEAN berhubung isu tersebut.

“Oleh kerana Five-Point Consensus gagal dipenuhi, negara-negara anggota ASEAN tidak dapat mencapai persetujuan bagi menjemput Menteri Luar Myanmar ke Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN pada masa akan datang,” lapor AFP yang memetik kenyataan jurucakap Menteri Luar Kemboja, Chum Sounry.

Menurut beliau, ASEAN akan menjemput wakil bukan politik dari Myanmar.

Kemboja merupakan Negara Pengerusi ASEAN pada tahun 2022.

Semalam, Pengerusi ASEAN menyatakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa di Myanmar berhubung pertempuran dan krisis kemanusiaan.

“Perdana Menteri Kemboja sebelum ini telah menggesa Myanmar untuk mematuhi Five-Point Consensus yang digariskan oleh ASEAN semasa lawatan beliau ke negara itu,

“Melalui Konsensus ini, negara anggota ASEAN menggariskan keperluan untuk menamatkan sebarang keganasan di antara semua pihak di Myanmar,

“Selain daripada itu, jaminan bantuan kemanusiaan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply