Home SemasaGlobal 4.7 trilion tan ais cair, paras air laut meningkat 1.2 sentimeter

4.7 trilion tan ais cair, paras air laut meningkat 1.2 sentimeter

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Kumpulan pengkaji Denmark memberi amaran sebanyak 4.7 trilion ais telah cair dari pulau Greendland sejak 20 tahun lalu.

“Semenjak April  2002, dianggarkan sebanyak 4,700 trilion air telah cair dan paras air laut meningkat sebanyak 1.2 cm,

“Jumlah ais yang cair adalah sebanyak 4,700 kilometer persegi dan cukup untuk menenggelamkan seluruh Amerika Syarikat dengan air sedalam 50 cm,” kata Polar Portal di akaun media sosial rasminya.

Penemuan tersebut adalah berdasarkan imej satelit program US-German Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE) yang menunjukkan kecairan ais di kawasan Artik.

Dalam laporan tahunannya, Polar Portal menyatakan 3 kejadian kecairan luar biasa berlaku di Greenland pada tahun 2021.

Kejadian pertama berlaku pada 19 Julai dengan melibatkan 702 ribu kilometer persegi permukaan ais telah cair. Ia merangkumi 43% permukaan ais di Greenland.

“54% permukaan ais dilaporkan cair pada 28 Julai dan kali terakhir pada 14 Ogos dengan melibatkan 53% permukaan,” kata laporan itu.

Jelasnya, rantau Artik mengalami musim panas luar biasa dan menyebabkan kadar ais cair yang tinggi.

Polar Portal merupakan badan kajian gabungan dari Denmark. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply