Home SemasaGlobal Pengawal pantai Indonesia, Jepun laksana operasi banteras lanun secara bersama

Pengawal pantai Indonesia, Jepun laksana operasi banteras lanun secara bersama

by M.Daim

BATAM, 3 Feb – Pasukan pengawal pantai Indonesia dan Jepun telah melaksanakan satu latihan membanteras kegiatan lanun secara bersama di perairan Bintan, Batam.

Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) Republik Indonesia dalam satu kenyataan berkata, latihan Passing Exercise (PASSEX) dengan pasukan pengawal pantai Jepun (Japan Coast Guard, JCG) memainkan peranan dalam mempertingkatkan keupayaan anggota dari kedua-dua pihak dalam melaksanakan operasi keselamatan maritim.

Latihan ini melibatkan kapal KN PULAU DANA-323 dan ECHIGO PLH 08.

“Latihan PASSEX ini melibatkan latihan komunikasi dam memintas kapal ditawan lanun,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, JCG dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya menyatakan latihan yang dijalankan pada 2  Februari bertujuan untuk membendung aktiviti pelanunan di perairan Selat Singapura.

Menurutnya, latihan ini akan mengeratkan kerjasama serta hubungan bilateral antara JCG dan Bakamla. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply