Home Pertahanan dan Keselamatan Pembuat bom Abu Sayyaf, Mudzrimar sah masih hidup – ESSCOM

Pembuat bom Abu Sayyaf, Mudzrimar sah masih hidup – ESSCOM

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 31 Jan – Pembuat bom serta merupakan sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Polis (DCP) Hamzah Ahmad berkata, melalui perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) serta Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM) mengesahkan Mudzrimar masih hidup.

“Mudzrimar disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021,

“Sehubungan itu, suspek kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa (wanted list) bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan kes penculikan untuk wang tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” kata dalam satu kenyatan pada Ahad.

Menurut Hamzah, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Mudzrimar boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply