Home Pertahanan dan Keselamatan SPRM tahan 2 Pegawai Eksekutif syarikat disyaki seleweng projek LCS

SPRM tahan 2 Pegawai Eksekutif syarikat disyaki seleweng projek LCS

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Jan  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 2 orang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang terlibat dalam projek perolehan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Menurut laporan tempatan yang memetik sumber, kedua-dua individu berusia 79 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM ketika memberikan keterangan.

“Mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat luar negara,

“Salah seorang lagi disyaki telah menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply