Home Semasa Malaysia terima 500 ribu dos vaksin sumbangan UAE – Saifuddin

Malaysia terima 500 ribu dos vaksin sumbangan UAE – Saifuddin

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 26 Jan – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyumbang sebanyak 500,000 dos vaksin Sinopharm kepada Malaysia, semalam.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sumbangan vaksin Sinopharm itu merupakan tanda ikatan persahabatan yang kukuh dan akrab antara kedua-dua negara.

“Sumbangan vaksin daripada UAE ini tepat pada masanya di mana Malaysia sedang giat dalam melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 peringkat Kebangsaan,

“Sebelum ini, UAE juga telah menyumbang 20,000 unit kit ujian PCR dan 7 tan sanitizer melalui program Stok Peralatan Diplomatik Malaysia (MDES) bagi penggunaan kedutaan Malaysia di luar negara,” katanya.

Saifuddin berkata, Malaysia turut menzahirkan penghargaan terhadap Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Yang Mulia Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri & Kerjasama Antarabangsa serta rakyat UAE atas sumbangan yang diberikan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply