Home SemasaGlobal Tentera Laut Britain rampas US$20.3juta dadah

Tentera Laut Britain rampas US$20.3juta dadah

by M.Daim

OMAN, 24 Jan – Tentera Laut Britain (Royal Navy, RN) telah berjaya merampas lebih 1 tan dadah di kawasan perairan antarabangsa luar Teluk Oman.

Menurut Kementerian Pertahanan UK, jumlah keseluruhan rampasan adalah dianggarkan sebanyak US$20.3juta (RM84.9juta).

“Dalam operasi yang berjalan hampir 10 jam, anggota RN dari HMS MONTROSE telah menahan memeriksa sebuah kapal yang mencurigakan,

“Sebanyak 663 kilogram heroin, 87 kg methamphetamine dan 291kg marijuana dan hashish,” kata kenyataan itu.

Tegasnya, kejayaan ini sekaligus menghalang pengedaran dadah yang berpotensi untuk dijual di UK.

“Ini sekaligus menggagalkan pendapatan kumpulan jenayah terancang, yang seringkali terlibat dalam pembiayaan pengganas, ” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply