Home SemasaGlobal Ancaman perang di Ukraine: AS arah kakitangan kedutaan, warga pulang

Ancaman perang di Ukraine: AS arah kakitangan kedutaan, warga pulang

by M.Daim

WASHINGTON, 24 Jan – Jabatan Negara Amerika Syarikat (US State Department) telah mengeluarkan amaran perjalanan dan arahan kakitangan kedutaan.

Dalam notis yang dikemaskini pada 23 Januari, jabatan itu telah menyatakan amaran situasi semasa Ukraine yang kini diambang peperangan dengan Rusia.

“Jabatan Negara telah meluluskan pelepasan secara sukarela keluarga dan kakitangan dari Kedutaan AS dari Kyiv,

“Warga AS yang berada di Ukraine dinasihatkan untuk keluar dengan segera dengan menggunakan pesawat komersil atau pengangkutan sendiri yang telah tersedia,” kata arahan tersebut.

Menurutnya, terdapat laporan menyatakan kecenderungan tindakan ketenteraan oleh Rusia terhadap Ukraine terutamanya di kawasan sempadan timur negara itu.

Rusia telah menghantar pulang keluarga diplomat negara itu dari Ukraine sejak 5 Januari lalu.

Pada 20 Januari lalu, Presiden AS, Joe Biden menyatakan Rusia akan cuba menawan Ukraine pada bila-bila masa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply