Home SemasaGlobal Keluar selama seminit dari bilik kuarantin, terima denda RM40ribu

Keluar selama seminit dari bilik kuarantin, terima denda RM40ribu

by M.Daim

TAIPEI, 24 Jan – Gara-gara keluar dari bilik kuarantin selama 1 minit, 2 orang pekerja warga Indonesia telah didenda sebanyak US$9,700 (RM40,954.50).

Denda dikenakan selepas mereka didapati melanggar undang-undang kuarantin pada 22 Nov lalu di sebuah hotel.

“Kedua-dua pekerja warga Indonesia tiba di Taiwan pada 15 November lalu dan ditempatkan di sebuah hotel khas bagi tujuan pengasingan,

“Pada petang 22 November, mereka didapati keluar dari bilik ke kawasan lobi hotel untuk membeli makanan,

“Walaupun mereka keluar dari bilik selama 1 minit, ianya telah melanggar peraturan kawalan jangkitan penyakit dan didenda sebanyak US$3,610 seorang oleh pihak berkuasa kesihatan,” lapor Taiwan News.

Denda tersebut gagal dilangsaikan oleh kedua-dua pekerja dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kes telah dibawa ke Agensi Penguatkuasaan Pentadbiran di Kaohsiung untuk tindakan lanjut,

“Pihak agensi memutuskan kedua-dua pekerja migran terbabit dikehendaki membayar denda dan sewa hotel yang berjumlah US$9,700,” katanya.

Denda pekerja warga Indonesia terbabit kemudiannya diselesaikan oleh majikan mereka dari sebuah syarikat perikanan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply