Home SemasaGlobal Anggota tentera Rusia mula tinggalkan Kazakhstan

Anggota tentera Rusia mula tinggalkan Kazakhstan

by M.Daim

MOSKOW, 17 Jan – Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengesahkan anggota tentera negara itu mula meninggalkan Kazakhstan.

“Unit pengaman dari Rusia dibawa pulang dari Almaty dengan menggunakan pesawat IL-76,

“Mereka akan tiba di Moskow dan Ulyanovsk pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kehadiran anggota tentera Rusia di negara Asia Tengah itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerjasama CSTO.

Pada 14 Januari lalu, anggota pengaman dari Armenia, Belarus, dan Tajikistan telah pulang ke negara masing-masing.

“Semua unit pengaman CSTO akan keluar dari Kazakhstan sepenuhnya pada 19 Januari ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kazakhstan telah meminta negara-negara rakan anggota CSTO untuk menghantar anggota pengaman berikutan rusuhan besar-besaran di negara Asia Tengah itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply