Home SemasaGlobal Warga emas korban pertama Omicron di Thailand

Warga emas korban pertama Omicron di Thailand

by M.Daim

BANGKOK, 17 Jan – Thailand melaporkan kes kematian pertama angkara Omicron di negara itu.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan Songkhla pada Ahad selepas laporan sampel mangsa selesai dianalisis.

“Pesakit merupakan wanita berusia 86 tahun yang menghidap penyakit Alzheimer dan disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 pada Rabu lalu di Hospital Hat Yai,

“Sampel telah diambil dari pesakit terbabit dan dihantar ke pusat sains perubatan Songkhla bagi tujuan analisis,

“Kajian pada sampel mengesahkan mangsa telah dijangkiti COVID-19 varian Omicron,” lapor Bangkok Post.

Menurutnya, mangsa telah dijangkiti wabak tersebut dari anak saudaranya yang pulang dari Phuket.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Penyakit (Department of Disease Control, DDC) mengesahkan wanita terbabit telah menerima 2 dos vaksin Pfizer.

“Beliau masih dianggap sebagai golongan berisiko atas faktor kesihatan,” kata Dr Opas Karnkawinpong. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply