Home Pertahanan dan Keselamatan Kes bunuh di Bidor, polis buru Anbu Manikam

Kes bunuh di Bidor, polis buru Anbu Manikam

by Air Times News Network

IPOH, 13 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki warga tempatan yang dikenali Anbu Manikam bagi membantu kes bunuh di Bidor baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang berkerja sebagai pemotong sawit dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Menurut beliau, hasil risikan pihak polis telah menahan seorang suspek berbangsa India berumur 30 tahun di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) berkaitan kes berkenaan.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, mendedahkan bahawa mangsa telah dibunuh dan ditanam di sebuah kebun sawit di kawasan Bidor,

“Suspek telah membawa pihak polis ke tempat kejadian dan berjaya menjumpai mayat mangsa yang ditanam dalam keadaan dibungkus menggunakan kanvas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mior, PDRM menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek untuk menyalurkan maklumat kepada Asistan Superintenden Polis Noor Irwan Abd Ghani di talian 017-3168097 atau mana-mana balai polis dan ibu pejabat polis daerah yang berdekatan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply