Home SemasaGlobal Turki lancar satelit mini pertama esok

Turki lancar satelit mini pertama esok

by M.Daim

ANKARA, 12 Jan – Satelit mini pertama buatan Turki, Grizu-263A dijadualkan akan dilancar ke angkasa lepas, esok.

Satelit poket tersebut akan dilancarkan dengan menggunakan roket Falcon 9 milik agensi SpaceX.

Ia direka untuk beroperasi di orbit rendah (kira-kira 160 kilometer dari permukaan bumi) untuk tempoh 4 tahun 8 bulan.

Satelit ini direka oleh Grizu-263 Space Team yang merupakan terdiri daripada pelajar Fakulti Kejuruteraan Zonguldak Bulent Ecevit University.

“Kami teruja untuk melihat usaha yang dilakukan selama beberapa tahun ini mula membuahkan hasil,

“Satelit mini ini telah siap direka dan bersedia untuk dilancarkan,

“Kami sedia untuk maju ke hadapan dan mengharungi era baharu projek ini,” kata penasihat Grizu-263 Space Team, Bulent Ekmekci yang dipetik oleh Anadolu Agency.

Satelit mini ini berukuran 5x5x5 sentimeter dan merupakan yang pertama dihasilkan oleh rakyat Turki. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply