Home SemasaGlobal Kes COVID-19 naik mendadak di Asia Tenggara dan Barat Pasifik – WHO

Kes COVID-19 naik mendadak di Asia Tenggara dan Barat Pasifik – WHO

by M.Daim

GENEVA, 12 Jan – Rantau Asia Tenggara dan Barat Pasifik menunjukkan peningkatan mendadak kes COVID-19.

Laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan angka kes jangkitan naik sebanyak 418 peratus di Asia Tenggara dan 122 peratus di Barat Pasifik.

“Dalam tempoh 3 hingga 9 Januari, kes COVID-19 di peringkat global telah meningkat sebanyak 55 peratus,

“Ini melibatkan 15 juta kes baharu dan 43 ribu kes kematian,” kata laporan itu.

Menurutnya, sehingga 9 Januari, jumlah keseluruhan kes adalah 304 juta dan 5.4 juta kematian. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply