Home SemasaGlobal Peluru berpandu hipersonik Korea Utara capai sasaran sejauh 1,000 kilometer

Peluru berpandu hipersonik Korea Utara capai sasaran sejauh 1,000 kilometer

by M.Daim

PYONGYANG, 12 Jan – Kerajaan Korea Utara menegaskan pelancaran peluru berpandu hipersonik pada 11 Januari sebagai kejayaan negara itu dalam memprtingkatkan keupayaan cegah rintang.

Pelancaran tersebut turut disaksikan oleh Presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

“Peluru berpandu telah berjaya mengenai sasaran di laut pada jarak 1,000 kilometer,” kata KCNA.

Semalam, pihak Tentera Korea Selatan mengesahkan Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu balistik yang kedua dalam tempoh satu minggu.

Menurutnya, peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pyongyang berjaya mencapai altitud setinggi 60 kilometer dan terbang pada kelajuan Mach 10 (10 kali ganda kelajuan bunyi). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply