Home SemasaGlobal Quebec kenakan cukai kepada penduduk yang enggan divaksin

Quebec kenakan cukai kepada penduduk yang enggan divaksin

by M.Daim

OTTAWA, 12 Jan – Kerajaan negeri Quebec di Kanada bakal mengenakan cukai kepada golongan yang enggan divaksin di wilayah itu.

Rancangan tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Quebec, Francois Legault.

Menurut beliau, mana-mana individu yang masih belum menerima dos pertama vaksin akan dikenakan penalti oleh pihak kerajaan.

“Sudah tiba masa kita berlaku adil kepada 90 peratus penduduk yang mengambil vaksin dan telah banyak berkorban dalam mencegah penularan COVID-19,” kata Francois yang dipetik oleh BBC.

Langkah terbaharu ini menjadikan negeri itu yang pertama di Kanada untuk bertindak terhadap golongan yang masih culas untuk menerima vaksin. Quebec mencatatkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 di negara Amerika Utara itu.

Menurut pihak berkuasa Quebec, 45 peratus pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah melibatkan individu yang tidak divaksin.

Sementara itu, hospital di Montreal melaporkan kapasiti katil di wilayah itu mula mencapai nilai ambang 100 peratus dan menggantung beberapa rawatan elektif kepada kes tidak berkaitan dengan COVID-19.

Pada ketika ini, Quebec mencatatkan 2742 kes kemasukan hospital dengan 244 daripadanya sedang dirawat di ICU. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply