Home SemasaGlobal Kereta kebal Israel bedil sempadan Syria

Kereta kebal Israel bedil sempadan Syria

by M.Daim

DAMSYIK, 6 Jan – Satu kawasan perkampungan di Syria dipercayai telah dibedil oleh kereta kebal Israel lewat malam Rabu.

Agensi berita kerajaan Syria menyatakan beberapa letupan kedengaran di wilayah Quneitra.

Laporan tersebut tidak menyatakan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Tentera Israel mengesahkan kereta kebal mereka telah melepaskan tembakan di kawasan sempadan Israel-Syria di Bukit Golan.

“Kereta kebal telah melepaskan tembakan amaran terhadap beberapa individu yang disyaki cuba memasuki kawasan Israel,

“Tembakan dilepaskan sebagai amaran,” kata kenyataan itu.

Bukit Golan merupakan wilayah Syria yang ditawan oleh Israel semasa Perang Enam Hari pada ahun 1967. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply