Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasca banjir: ATM tumpu bantu pulih infrastruktur – Menteri Pertahanan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Pasca banjir: ATM tumpu bantu pulih infrastruktur – Menteri Pertahanan

Pasca banjir: ATM tumpu bantu pulih infrastruktur – Menteri Pertahanan

by M.Daim

KUALA TERENGGANU, 6 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menumpu usaha baik pulih infrastruktur di Terengganu.

“Biarpun banjir telah pulih (di Terengganu), , komitmen ATM untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri serta agensi lain tetap sama,

“Tumpuan kita sekarang adalah kerja-kerja pembersihan, membantu baik pulih infrastruktur – jalan, rumah dan jambatan,

“Selain daripada itu, ATM akan bantu Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19,” katanya semasa sidang media di Kem Seri Pantai, Kuala Nerus.

Beliau menambah, ujian pengesanan COVID-19 adalah penting bagi mengelakkan penularan wabak itu menjadi tidak terkawal di Terengganu.

Pada masa yang sama, Hishammuddin turut menyatakan anggota ATM di seluruh negara sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan gelombang baharu bencana banjir.

“Walaupun kita berada dalam keadaan selesa, kita perlu bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan berlaku gelombang banjir baharu,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?