Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas rokok seludup bernilai RM1.32 juta

PGA rampas rokok seludup bernilai RM1.32 juta

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 4 Jan – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 7,500 karton rokok tidak bercukai dianggarkan bernilai RM1.32 juta dalam serbuan di sebuah kilang kosong di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA Superintendan Dimin Awang berkata, bertindak atas maklumat awam, serbuan dijalankan pada 10.30 pagi telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ketika memandu keluar dari premis tersebut.

“Lelaki tersebut terlibat secara langsung dalam aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai dengan menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan sementara,

“Dengan tertangkapnya suspek ini pihak polis berjaya membuat rampasan 5,000 karton John Limited Merah 20 batang; 1,150 karton Mayor Hijau 20 batang; 1,350 karton Mayor Merah 20 batang dan sebuah van Toyota Hiace dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM1.38 juta,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply