Home Semasa RM967.2 juta kos inisiatif pulih infrastruktur rosak akibat bencana

RM967.2 juta kos inisiatif pulih infrastruktur rosak akibat bencana

by M.Daim

PUTRAJAYA, 3 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan kos inisiatif membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana adalah sebanyak RM967.82 juta.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kerja Raya telah mengenal pasti 895 lokasi bencana sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022.

“Ini melibatkan lokasi banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan runtuh atau rosak,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Perdana Menteri menjelaskan aktiviti pembersihan telah selesai dijalankan di 802 lokasi di seluruh negara.

Menurutnya, kerja pembaikan kekal akan dilaksanakan mulai bulan ini dan selesai pada bulan Jun. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply