Home Pertahanan dan Keselamatan Pasca banjir: Polis Marin hantar tim elektrikal ke Taman Sri Muda

Pasca banjir: Polis Marin hantar tim elektrikal ke Taman Sri Muda

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 27 Dis – Pasukan Polis Marin (PPM) Selangor meneruskan misi bantuan pasca banjir ke Taman Sri Muda dengan mengaturgerakkan tim elektrikal ke Masjid Al-Falah dan Madrasah Tahfiz bagi menyelenggara semula sistem pendawaian yang terjejas akibat banjir.

Pegawai Pemerintah PPM Selangor, Deputi Superintenden Polis (DSP) Hazri Zakaria berkata, seramai 12 anggota yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektrikal telah diaturgerakkan bagi membuat kerja-kerja menyelenggara sistem pendawaian, sistem bunyi dan hawa dingin di masjid serta surau tersebut.

“Semalam kami bersama Komander PPM Bukit Aman telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kali ini, tumpuan pula pada kerja-kerja elektrikal yang rosak teruk akibat ditenggelami air,

“Tim elektrikal PPM Selangor mampu baik pulih peralatan-peralatan yang rosak dan ada komponen-komponen yang perlu ditukar baru serta akan gunakan peruntukan yang ada untuk perbaikinya,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Selangor.

Hazri menjelaskan, hasil daripada pemeriksaan yang dibuat oleh tim elektrikal telah mendapati sistem amplifikasi elektronik dan 2 set projektor perlu diselenggara.

“Peralatan berikut akan di bawa balik ke bengkel PPM Selangor untuk diselenggara menggunakan peralatan yang ada di bengkel,

“Manakala, perkakas elektrik seperti 4 unit peti ais, 2 unit mesin basuh, 3 unit penyedut hampagas, 3 unit penghawa dingin dan lain-lain telah berjaya diperbaiki,

“Anggaran keseluruhan nilai barangan letrik yang berjaya diselamatkan lebih kurang RM 40,000,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply