Home SemasaGlobal Australia sahkan kematian pertama akibat Omicron

Australia sahkan kematian pertama akibat Omicron

by M.Daim

CANBERRA, 27 Dis – Australia hari ini merekodkan kes kematian pertama akibat varian baharu COVID-19, Omicron.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Kesihatan New South Wales (NSW).

“Pesakit lelaki berusia 80-an disahkan meninggal dunia di Hospital Westmead dan ini merupakan kematian pertama yang melibatkan Omicron di negeri NSW,

“Beliau telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 dan mempunyai latar belakang kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini menyatakan Omicron telah merebak ke 110 buah negara.

Omicron diklasifikasikan sebagai varian membimbangkan (Variant of Concern) pada 26 November lalu.

Amerika Syarikat, Jerman dan United Kingdom sebelum ini mencatatkan kes kematian akibat varian Omicron semenjak 13 Disember lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply