Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 sumbang generator kepada penduduk Dayr Amis

MALBATT 850-9 sumbang generator kepada penduduk Dayr Amis

by Air Times News Network

LUBNAN, 15 Dis – Pasukan Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) memberi sumbangan sebuah generator berkuasa 200 KVA kepada komuniti Dayr Amis di kawasan 𝑤𝑎𝑡𝑒𝑟 𝑤𝑒𝑙𝑙 Municipality Dayr Amis, Selatan Lubnan, pada Selasa.

Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya berkata, generator ini bertujuan untuk membekalkan kuasa elektrik untuk mengepam air bagi kemudahan kepada seluruh penduduk di Municipality Dayr Amis.

Upacara penyerahan generator ini telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin kepada Mayor of Dayr Amis, Hussien DBOOK.

Komander MALBATT 850-9 berkata, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial UNIFIL bagi peningkatan kemudahan asas penduduk setempat.

Pada masa sama, Mayor Dayr Amis turut merakamkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan kepada komuniti Dayr Amis.

“Kemudahan yang diberikan amat bermakna kepada komuniti dan akan dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Turut hadir PS 2 Civil Military Cooperation (CIMIC), Leftenan Komander Nadiah Zul-Qarnain TLDM dan Ketua Kompeni Charlie, Mejar Khairul Irwan Sulaiman. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply