Home Pertahanan dan Keselamatan PGA serbu premis, rampas arak tiruan bernilai RM1.2 juta

PGA serbu premis, rampas arak tiruan bernilai RM1.2 juta

by Nurulhuda

MUAR, 10 Dis – Pasukan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam melaksanakan serbuan ke atas sebuah premis dan merampas ribuan liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM1.2juta di Bukit Treh, pada Rabu lalu.

Pegawai Pemerintah, Superintendan Dimin Awang berkata, 2 orang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan arak tiruan dan tidak bercukai itu turut ditahan dalam Operasi Kontraban berkenaan.

“Serbuan awal dilakukan ke atas sebuah premis di Bukit Treh sebelum pihak polis bergerak ke Bukit Pasir dan Parit Jawa di Muar dengan dipandu arah oleh suspek,

“Hasil daripada serbuan tersebut, mendapati terdapat 18 tong arak, 500 kotak arak pelbagai jenama, 10 buah kereta, 7 buah lori, sebuah mesin pengangkut dan sebungkus pelekat Kastam palsu,

“Anggaran jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM3.538.761.80 manakala nilai cukai arak yang dirampas RM1,230,421.40,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 75 Akta Eksais 1976 (Kesalahan membuat, memproses arak dan memiliki peralatan membuat arak),” jelasnya dalam kenyataan, semalam.

Dimin Awang berkata, suspek menjalankan aktiviti penjualan arak tidak bercukai dengan menajdikan premis tersebut sebagai tempat memproses arak tidak bercukai tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau beraka, pihaknya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi menjaga serta mengawal keselamatan serta ketenteraman negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply