Home Pertahanan dan Keselamatan 296 kotak bantuan makanan diterbangkan ke Sabah

296 kotak bantuan makanan diterbangkan ke Sabah

by Nurulhuda

SABAH, 10 Dis – Sebanyak 296 kotak bantuan makanan di bawah Program Bantu-Bantu Malaysia telah tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penerbangan tersebut telah dilaksanakan oleh No 20 Skuadran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menggunakan pesawat C 130 dan dikoordinasikan bersama oleh JHEV ATM.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah, Mejar Noor Khairi Abd Rahman telah melakukan penyerahan kotak-kotak bantuan tersebut kepada wakil PVATM Sabah cawangan Beaufort, Penampang, Tambunan dan Sipitang.

Menurutnya, kotak bantuan tersebut seterusnya diagihkan kepada veteran ATM kategori B40 dan orang kurang upaya (OKU) serta balu yang bernaung di bawah cawangan tersebut. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply