Home Pertahanan dan Keselamatan 42 PATI Indonesia bersembunyi dalam lori dicekup

42 PATI Indonesia bersembunyi dalam lori dicekup

by Nurulhuda

KUALA SELANGOR, 2 Dis – Hasrat 42 oang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bersembunyi dalam sebuah lori untuk melolos masuk Kuala Selangor punah, apabila ditahan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tepi Jalan Besar Parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, semua PATI berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan pada jam 2 pagi ketika baru sahaja mendarat dengan mengikut jalan tidak diwartakan.

“Anggota ronda cegah jenayah telah berjaya menangkap seramai 34 orang PATI lelaki dan 8 perempuan warga negara Indonesia menaiki sebuah lori di tempat kejadian,

8 PATI wanita warga Indonesia yang ditahan bersembunyi dalam sebuah lori di Tanjung Karang, pagi tadi.

“Kesemua PATI dipercayai baru mendarat mengikut jalan yang tidak diwartakan,” jelasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Bagaimanapun Ramli menjelaskan, pemandu lori berkenaan melarikan diri dan pihaknya turut merampas kenderaan terbabit.

“Semua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan lanjut,

“Kes disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) Kerana Dipercayai Terlibat Dalam Aktiviti Penyeludupan Migran,” tambahnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply