Home Semasa COVID-19: KKM nafi varian Omicron di Perak

COVID-19: KKM nafi varian Omicron di Perak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej tular yang mendakwa bahawa varian baharu Omicron COVID-19 di kesan di Perak.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam pemakluman berita palsu berkata, pihak KKM menjelaskan bahawa setakat ini tiada kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia.

“Omicron merupakan varian baharu dengan 32 mutasi ‘spike’ protein iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada varian Delta,” katanya.

KKMM juga menyarankan kepada orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebalinya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” jelasnya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini tiada kes varian berkenaan dikesan masuk ke Malaysia. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply