Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan aktiviti bom ikan di Pulau Billean

Polis Marin gagalkan aktiviti bom ikan di Pulau Billean

by Air Times News Network

SANDAKAN, 21 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean awal pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Suprintenden Polis Rusdin Banin berkata, seramai 8 orang lelaki berumur 8 hingga 50 tahun sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk mengebom ikan seperti Detonator, Botol Kaca, Mancis Kayu, hos, compressor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00. Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran  untuk tindakan lanjut. – airrtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply