Home SemasaGlobal Dassault mula laksana kontrak perolehan 30 Rafale Mesir

Dassault mula laksana kontrak perolehan 30 Rafale Mesir

by M.Daim

PARIS, 16 Nov – Dassault Aviation mengumumkan pelaksanaan dan kuatkuasa kontrak perolehan 30 buah jet pejuang Rafale oleh Mesir.

Pihak Dassault dalam satu pengumuman berkata, kontrak perolehan bernilai US$4.5 bilion ini telah diumumkan pada 4 Mei lalu.

“Perolehan terbaharu ini akan meningkatkan jumlah jet pejuang Rafale yang dioperasikan oleh Tentera Udara Mesir kepada 54 buah,

“Perolehan ini menjadi satu pencapaian baharu dalam kerjasama strategik antara Mesir dan Perancis,

“Hubungan ini turut diperkukuhkan oleh Dassault Aviation di Mesir selama 50 tahun,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, perolehan terbaharu ini membuktikan Mesir berpuas hati dengan kontrak perolehan pertama Rafale.

“Ini merupakan satu penghormatan kepada Dassault Aviation dan syarikat rakan yang terlibat untuk memenuhi keperluan kerajaan Mesir,” kata Pengerusia dan Ketua Pengarah Eksekutif Dassault Aviation, Eric Trappier.

Mesir merupakan negara pelanggan eksport pertama Rafale dan pada ketika ini mengoperasikan 24 buah jet pejuang tersebut melalui perolehan yang dibuat pada 2015. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply