Home SemasaGlobal Russia lancar ujian peluru berpandu anti-satelit, lebih 1500 serpihan orbit dikesan

Russia lancar ujian peluru berpandu anti-satelit, lebih 1500 serpihan orbit dikesan

by Natasha Azereen

COLORADO, 16 Nov – Lebih 1,500 serpihan orbit dikesan di ruang angkasa lepas apabila Rusia melancarkan ujian peluru berpandu anti-satelit (DA-ASAT), semalam.

US Space Command dalam satu kenyataan berkata, peluru berpandu tersebut dilancarkan terhadap salah satu satelit milik Rusia, COSMOS 1408.

Menurutnya, Rusia telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab tanpa mempedulikan aspek keselamatan, kestabilan, dan kelestarian jangka panjang domain angkasa lepas untuk semua negara.

“Serpihan akibat peluru berpandu DA-ASAT Rusia akan menimbulkan ancaman berterusan terhadap aktiviti di angkasa lepas selama bertahun-tahun,

“Ia meletakkan satelit dan misi angkasa lepas dalam risiko yang merbahaya,

“Perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab,” kata Panglima U.S. Space Command, Jeneral James Dickinson.

Menurutnya, serpihan orbit berkenaan akan menimbulkan ancaman kepada krew di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kesemua satelit kepunyaan negara lain.

“Rusia secara aktif menafikan akses penggunaan ruang udara oleh AS (Amerika Syarikat) dan rakan sekutunya,

“Ujian peluru berpandu anti satelit ini secara tidak langsung mempamerkan keupayaan Rusia dalam perlumbaan senjata angkasa lepas, seterusnya mengancam kesemua negara,” katanya

Dalam pada itu, USSPACECOM akan terus memantau dan melindungi aktiviti orbit kesemua negara di dunia ini daripada terjejas akibat serpihan tersebut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply