Home Pertahanan dan Keselamatan PGA tahan tekong darat seludup 60 PATI

PGA tahan tekong darat seludup 60 PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang tekong darat warga tempatan bersama 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Rizal Mohamed berkata, tekong darat tersebut berumur 37 tahun ditahan ketika sedang melakukan rondaan dan pemantauan bersama anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor, pada jam 5 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis telah mengesan dan menahan 38 lelaki dan 22 wanita berumur antara 16 hingga 51 tahun di kawasan semak,

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, turut dirampas sebuah kenderaan, 2 unit telefon bimbit serta wang tunai RM147 dengan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM61,400

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Jeram untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Permerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 [ATIPSOM] serta Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply