Home SemasaGlobal Kapal selam berkuasa nuklear terlanggar gunung laut

Kapal selam berkuasa nuklear terlanggar gunung laut

by M.Daim

YOKOSUKA, 3 Nov – Pihak Armada ke-7 Pasifik (7th Fleet) Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) menyatakan insiden menimpa kapal selam USS CONNECTICUT di kawasan perairan Indo-Pasifik adalah berpunca dari pelanggaran dengan gunung laut.

“Siasatan awal mendapati USS Connecticut telah terkandas di sebuah gunung laut yang tidak tersenarai dalam carta pelayaran (uncharted seamount),

“Kejadian berlaku di kawasan perairan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik,” kata pihak 7th Fleet dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak pemerintahan US 7th Fleet akan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu.

Pada 2 Oktober lalu, kapal selam kelas SEAWOLF, USS Connecticut dilaporkan berlanggar dengan objek asing di bawah permukaan laut semasa melalui kawasan perairan antarabangsa.

USS Connecticut dibina pada tahun 1991 dan ditauliahkan dalam perkhidmatan US Navy pada 11 Disember 1998.

US Navy mengoperasikan sebanyak 3 buah kapal selam kelas ini.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply