Home Pertahanan dan Keselamatan Tubuh inkuiri siasat kecuaian pihak universiti dalam kes Zulfarhan – PEJUANG

Tubuh inkuiri siasat kecuaian pihak universiti dalam kes Zulfarhan – PEJUANG

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG Muda) mendesak agar satu inkuiri diadakan bagi mengenal pasti punca bagaimana kejadian yang menimpa Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang tidak disedari lebih awal oleh pihak universiti.

Naib Ketua PEJUANG Muda, Nik Fathurahman Nik Rasli, langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.

“PEJUANG Muda menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi keatas kesemua 18 tertuduh yang mana 6 daripada mereka telah didapati bersalah menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan tanpa niat membunuh,

“Kami ingin mendesak agar satu inkuiri diadakan bagi mengenal pasti punca bagaimana tindakan keji pelajar-pelajar ini tidak berjaya dihalang atau disedari oleh pihak universiti lebih awal sehingga menyebabkan kematian,

“Harus diingatkan bahawa Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia selepas 10 hari menderita keseorangan di bilik asramanya akibat didera tanpa disedari pihak universiti,

“Sehubungan itu, inkuiri ini hendaklah menyiasat peranan yang dimainkan (atau tidak dimainkan) pihak keselamatan atau warden asrama universiti serta mengenal pasti jika wujud kecuaian pihak pentadbiran universiti dalam menjamin keselamatan para pelajarnya,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, pihak berwajib tidak boleh lepas tangan serta harus sama-sama dipertanggungjawabkan dalam kes ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap 6 penuntut UPNM selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan 4 tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 1 Jun 2017.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap 5 tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya selepas didapati bersalah atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.

Dalam masa yang sama, Fathurahman turut berharap agar keputusan mahkamah ini dapat memberi keadilan dan pembelaan sewajanya terhadap buat keluarga Zulfarhan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply