Home Pertahanan dan Keselamatan ATM rampas daun ketum bernilai RM 10,710 di sempadan Malaysia-Thailand

ATM rampas daun ketum bernilai RM 10,710 di sempadan Malaysia-Thailand

by Air Times News Network

KUALA NERANG, 3 Nov – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas daun ketum bernilai RM10,710 di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) dalam hantaran di media sosial berkata, rondaan trup Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Operasi Benteng (Op Benteng) Zon Utara turut merampas 2 buah motosikal.

“Kesemua barang rampasan cuba diseludup ke negara Thailand melalui laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand,

“Hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply