Home Semasa Bajet 2022 tiada unsur perkauman – Ismail Sabri

Bajet 2022 tiada unsur perkauman – Ismail Sabri

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HLO6Z35emuE[/embedyt]

 

BUKIT JALIL, 3 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu tiada unsur perkauman.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang menyifatkan Bajet 2022 berbaur perkauman serta ada dasar tersembunyi di sebalik konsep Keluarga Malaysia.

“Macam mana pula unsur perkauman, saya ingat dia tak faham pasal bajet, dia tak baca pun? Saya dah umum untuk Kampung Baru Cina ada, untuk masyarakat India ada, saya sebut semua sekali,

“Bajet ini bajet inklusif, semua sekali..malah kita sebut satu persatu, untuk kaum Cina apa dia, kaum India apa dia, Orang Asli apa dia, untuk Sarawak apa dia,

“Jadi mungkin dia tak baca, itu yang dia tak faham, saya rasa dia tak berapa faham,

“Tak apa nanti Menteri Kewangan akan jawab pasal dia dibahas di Parlimen, kita tunggu jawapan,” katanya pada sidang media di selepas merasmikan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan 2,000 unit RKMAT hari ini bagi anggota tentera di Lembah Klang.

Kesemua 2,000 unit untuk anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) berkenaan mempunyai 3 bilik dengan keluasan 850 kaki persegi yang dilengkapi perabot, perkakas elektrik, fasiliti riadah dan sosial seperti dewan serba guna, gymnasium, surau serta unit kedai. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply