Home SemasaGlobal Ekstremis kulit putih lancar serangan guna panah, 5 maut

Ekstremis kulit putih lancar serangan guna panah, 5 maut

by M.Daim

OSLO, 14 Okt – Seramai 5 orang maut dan 2 lagi cedera dalam kejadian serangan panah di Kongsberg, barat daya Oslo.

Menurut pihak Polis Norway, kejadian berlaku pada pukul 6.13 petang waktu tempatan (12.13 malam waktu Malaysia).

“Penyerang bertindak melancarkan panah dari sebuah pasar raya. Turut tercedera seorang anggota polis yang sedang bercuti,” lapor media Norway.

Penyerang dikenalpasti sebagai Rainer Winklarson, seorang warga Norway.

Difahamkan penyerang telah mengeluarkan amaran untuk melakukan serangan di akaun Youtube miliknya beberapa hari lalu.

Pihak polis Norway berjaya menahan Rainer setengah jam selepas insiden berlaku.

Pada masa yang sama, pihak polis Norway mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk membawa senjata api semasa melakukan rondaan.

Tambahnya, serangan tersebut merupakan satu insiden serius. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply