Home SemasaGlobal Boeing dianugerah kontrak US$1.1 bilion hasilkan penjejak pemintas PAC-3

Boeing dianugerah kontrak US$1.1 bilion hasilkan penjejak pemintas PAC-3

by M.Daim

WASHINGTON, 14 Okt – Syarikat Boeing telah dianugerahkan kontrak bernilai US$1.1 bilion bagi menghasilkan penjejak secara tambahan untuk kegunaan sistem pertahanan peluru berpandu MIM-104F (PAC-3) Patriot.

Boeing dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,500 unit penjejak akan dihasilkan di Alabama dengan berperanan sebagai subkontraktok kepada Lockheed Martin mulai 2023.

“Sistem penjejak yang dihasilkan oleh Boeing memberikan data panduan kepada sistem pemintas PAC-3 bagi mengempur pelbagai ancaman dari udara serta serangan peluru berpandu,

“Ia merupakan hasil kajian dan dedikasi serta kejuruteraan tim PAC-3,” katanya.

Pada tahun lalu, Boeing telah dianugerahkan kontrak bernilai US$974 juta bagi memanjangkan penghasilan penjejak PAC-3 sehingga tahun 2022. Selain daripada itu, syarikat tersebut akan membangunkan sistem penjejak baharu.

Menurutnya, Boeing telah menghasilkan lebih 4,300 sistem penjejak untuk misil PAC-3 semenjak tahun 2000.

Sistem penjejak yang dihasilkan memberikan data panduan secara aktif kepada misil PAC-3. Ia sekaligus memberikan keupayaan kepada misil untuk memintas serta memusnahkan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis serta pesawat.

Sistem PAC-3 lazimnya merangkumi misil, pelancar, komputer dan sistem pelancar elektronik yang ditingkat upaya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply