Home SemasaGlobal Putin: Perlumbaan senjata berlaku antara AS-Rusia

Putin: Perlumbaan senjata berlaku antara AS-Rusia

by M.Daim

MOSKOW, 13 Okt – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan perlumbaan senjata berlaku antara negeranya dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Washington menarik diri dari Triti Anti-Peluru Berpandu Balistik (ABM).

“Perlumbaan senjata sedang berlaku. Ia bermula sebaik sahaja AS menarik diri dari ABM,” kata Putin dalam semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Minggu Tenaga Rusia, semalam.

Agensi Tass turut melaporkan Putin telah menggesa AS untuk tidak menarik diri dari perjanjian itu pada tahun 2003.

Triti Anti-Peluru Berpandu Balistik mula dimeterai oleh diantara AS dan Kesatuan Soviet di Moskow pada 26 Mei 1976. Ia berperanan untuk menghadkan penggunaan sistem pertahanan anti-peluru berpandu balistik oleh kedua-dua negara.

Negara-negara yang menandatangani perjanjian ini telah dihadkan untuk memiliki 2 kompleks sistem pertahanan anti-peluru berpandu balistik dengan 100 peluru berpandu pada setiap fasiliti.

Walaupun Kesatuan Soviet telah berpecah, legasi perjanjian ABM diteruskan dengan memorandum tambahan yang dipersetujui oleh Belarus, Kazakhstan, Rusia dan Ukraine pada tahun 1997.

Triti ini tamat selepas AS menarik diri pada 13 Jun 2002. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply