Home Semasa Rentas daerah di Sabah bermula esok

Rentas daerah di Sabah bermula esok

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 13 Okt – Kerajaan Sabah bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 1 November 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kemasukan individu ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan juga dengan beberapa syarat.

“Syarat tersebut termasuklah, individu terbabit harus lengkap divaksin dan perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan,

“Bagi remaja berumur 12 tahun hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin juga benarkan,

“Manakala, kanak-kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri hari ini juga membenarkan aktiviti rentas daerah seluruh Sabah tanpa mengikut zon yang akan berkuat kuasa esok.

Hajiji berkata, pihaknya berpuas hati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap negeri setakat hari ini yang telah dikeluarkan Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70 peratus.

“Selaras dengan itu, kerajaan negeri pada hari ini bersetuju supaya rentas daerah dibenarkan di seluruh negeri mulai 14 Oktober (esok) dengan beberapa syarat,

“Antara syarat ialah individu terbabit telah lengkap divaksin,

“Syarat untuk golongan remaja dan kanak-kanak merentas daerah juga sama seperti syarat yang dikenakan untuk rentas negeri,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply