Home SemasaGlobal Bangladesh tahan 16 Rohingya dalam operasi anti pengganas

Bangladesh tahan 16 Rohingya dalam operasi anti pengganas

by M.Daim

DHAKA, 12 Okt – Pasukan polis Bangladesh telah menahan 16 etnik Rohingya dalam beberapa siri serbuan di kem pelarian di Dhaka pada Ahad lalu.

Serbuan dilaksanakan selepas beberapa minggu kes pembunuhan ketua komuniti etnik itu, Mohib Ullah  berlaku.

“Seramai 16 orang telah ditahan dalam masa 3 hari dalam operasi khas yang dilancarkan selepas pembunuhan Mohib,” kata jurucakap polis, Naimul Huq yang dipetik oleh AFP.

Beliau menambah, individu yang ditahan dalam operasi anti pengganas tersebut tidak terlibat dalam pembunuhan ketua komuniti Rohingya.

Naimul turut menegaskan tiada sebarang aktiviti kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) dikesan dalam kem yang diperiksa.

Mohib Ullah, 48 tahun, pejuang hak asasi etnik Rohingya maut selepas ditembak oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali di luar pejabatnya di Kutupalong, 1 Oktober.

Ahli keluarga dan rakan mangsa mendakwa serangan didalangi oleh kumpulan Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).

Kumpulan ARSA menolak dakwaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Mohib. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply