Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok, tembakau seludup bernilai lebih RM4 ribu

Polis Marin rampas rokok, tembakau seludup bernilai lebih RM4 ribu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 7 Okt – Pasukan Polis Marin(PPM) telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan tembakau tidak bercukai di Pasar Awam Lahad Datu, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintenden Polis Gan Ping Sin berkata, serbuan telah dijalankan terhadap sekumpulan lelaki yang mencurigakan di kawasan bangunan Ko Nelayan.

“Suspek bertindak melarikan diri ketika dihampiri oleh pihak polis,” katanya menerusi hantaran di media sosial PPM, pada Rabu.

Menurutnya, polis telah menemui beberapa kotak rokok dan tembakau yang tidak bercukai semasa melakukan pemeriksaan di kawasan terbabit.

“Nilai rampasan kesemua barangan tersebut dianggarkan sekitar RM4,256,

“Barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” jelasnya lagi.

Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply