Home Politik DUN Melaka bubar, PRN bakal diadakan

DUN Melaka bubar, PRN bakal diadakan

by Air Times News Network

AYER KEROH, 5 Okt – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan pada 4 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, atas nasihat daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka.

“Sehubungan dengan itu, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14 pada 4 Oktober (Isnin),

“Proklamasi Pembubaran DUN Melaka itu diwartakan pada hari ini,” katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.

Semalam, 4 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (PPBM-Telok Mas) telah mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply