Home Pertahanan dan Keselamatan Tim CMVT ATM diaturgerak ke pendalaman Sabah beri vaksin golongan remaja

Tim CMVT ATM diaturgerak ke pendalaman Sabah beri vaksin golongan remaja

by Nurulhuda

KUNAK, 22 Sep – Seramai 8 orang anggota perubatan Combat Medic Vaccination Team (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) naungan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah diaturgerakkan ke Kunak dan Kinabatangan bagi meneruskan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pendalam Sabah.

5 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, tim perubatan dari Markas Briged ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) itu telah diaturgerakkan ke kawasan pendalaman berkenaan pada 20 sehingga 23 Sep 2021.

Menurutnya, objektif atur gerak tersebut adalah bagi pemberian vaksin yang melibatkan golongan dewasa dan juga remaja yang berumur lingkungan antara 12 sehingga 17 tahun.

“Seramai 8 orang tim perubatan CMVT diatur gerak bagi pemberian vaksin dos pertama di dua lokasi berbeza iaitu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Kunak yang mensasarkan seramai 2,000 penerima vaksin. Manakala seramai 1,321 penerima vaksin di PPV SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan,

“Program ini juga merupakan kerjasama antara Tim CMVT dengan kakitangan awam Kementerian Pertahanan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), guru sekolah, Majlis Daerah Kunak, Pejabat Daerah Kinabatangan dan beberapa orang sukarelawan,

“Usaha yang dilaksanakan oleh 5 Divisyen ini bertepatan dengan Tonggak Kelima dalam Perintah Ulung PTD Ke-28, iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam dalam mencapai imuniti kelompok di Sabah,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply