Home SemasaGlobal China tutup akaun media sosial sengaja sebar maklumat palsu pasaran saham

China tutup akaun media sosial sengaja sebar maklumat palsu pasaran saham

by M.Daim

BEIJING, 30 Ogos – Kerajaan China mempertingkatkan kempen menutup akaun media sosial yang didapati menyiarkan maklumat berkaitan kewangan secara haram dalam talian.

Kempen tersebut turut mensasarkan pengendali akaun yang terlibat dalam kegiatan jenayah komersil dan penipuan.

Menurut Global Times, pihak berkuasa China telah mendapati akaun media sosial telah disalah guna untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai  kewangan yang boleh menjejaskan ekonomi China.

“Pengguna media sosial yang didapati menyebar maklumat palsu mengenai polisi kewangan, data ekonomi, memburukan pasaran domestik akan menerima hukuman,

“Ini termasuklah akaun media sosial yang didapati menyebar khabar angin dan juga ‘maklumat dalaman’ yang bertujuan untuk mewujudkan spekulasi kewangan dalam pasaran saham serta hartanah,

“Mereka yang menyamar sebagai pakar kewangan dan penjawat awam tidak akan terlepas dari tindakan,” kata laporan Global Times.

Penutupan akaun media sosial yang terlibat dalam aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada kempen penguatkuasaan oleh kerajaan China.

Kempen tersebut mendaoat kerjasama dari syarikat pengendali media sosial di negara itu.

Kempen pembersihan internet

 Sementara itu, gergasi media sosial China menyatakan mereka akan melaksanakan operasi penutupan akaun media sosial yang didapati melanggar undang-undang dengan lebih tegas.

WeChat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya komited untuk memenuhi matlamat China dalam melakukan pembersihan alam maya.

“Pihak WeChat akan menutup terus mana-mana akaun media sosial yang didapati menyebarkan maklumat palsu mengenai pasaran serta kewangan, mengugut atau menimbulkan kekacauan ,” katanya.

Blogger kewangan ditahan

Menurut media China, Global Times, pihak berkuasa di Shenzhen bertindak menahan blogger kewangan, Huang Sheng. Beliau ditahan kerana mengendalikan platform pinjaman secara haram dalam talian.

“Penutupan laman serta akaun media sosial yang menyiarkan laporan kewangan secara haram dilakukan bagi menjamin kestabilan pasaran tempatan,

“Selain daripada itu, ianya memainkan peranan penting untuk merendahkan risiko kewangan yang menjadi matlamat utama pihak kerajaan,” kata laporan itu.

Huang, pemilik platform pinjaman dalam talian, Xitouwang ditahan polis pada 18 Ogos lalu kerana disyaki melakukan pengambilan deposit secara haram dari masyarakat.

“Xitouwang berhutan sebanyak US$ 102.3 juta kepada 5,635 pendeposit,” kata pihak berkuasa Shenzhen.

Huang merupakan blogger kewangan terkenal di Chian dengan mempunyai 3 juta pengikut di akaun media sosial rasminya.

Platform, laman web dan akaun media sosial aktiviti Huang telah ditutup oleh pihak berkuasa China.

Sementara itu, Global Times turut memetik kenyataan penganalisa internet China, Liu Dingding yang menegaskan tindakan sebegini merupakan satu langkah baharu yang bertepatan dengan keadaan semasa.

“Ini menunjukkan kawalan internet di China telah memasuki era baharu. Undang-undang dan penguatkuasaan dilakukan selari dengan pembangunan negara,

“Sekiranya terdapat masalah yang timbul dalam satu-satu industri, pihak berkuasa mengambil langkah segera untuk mengatasinya,” kata Dingding. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply