Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Semporna

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak petrol di Semporna

by Air Times News Network

SEMPORNA, 28 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk minyak petrol di kawasan Kampung Terusan, Pulau Bum Bum, Semporna, malam kelmarin

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, anggotanya sedang melakukan rondaan di kawasan bakau Kampung Terusan berjaya mengesan 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan.

“3 lelaki dewasa sedang melakukan aktiviti memunggah barang ke atas 2 bot tersebut,

“Suspek bertindak melarikan diri ke dalam kawasan bakau dan meninggalkan bot tersebut setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan,

“Hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati beberapa jereken berisi minyak petrol,” katanya.

Tambah beliau, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM32 ribu.

“Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply