Home SemasaGlobal AS, Britain dan Australia keluarkan amaran ancaman serangan pengganas di Kabul

AS, Britain dan Australia keluarkan amaran ancaman serangan pengganas di Kabul

by M.Daim

WASHINGTON, 26 Ogos –  Amerika Syarikat (AS) telah memberi amaran kemungkinan serangan pengganas akan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Kabul.

Amaran yang sama dikeluarkan oleh Australia dan Britain.

Jabatan Negara Amerika Syarikat memberi amaran kepada rakyatnya untuk menjauhi kawasan lapangan terbang dan sekitar berikutan ancaman keselamatan.

Sementara itu, Jabatan Luar Negeri Australia menyatakan kawasan tersebut mempunyai risiko tinggi berlakunya serangan pengganas.

Dalam pada itu, London menggesa rakyatnya yang masih berada di Afghanistan untuk segera meninggalkan negara tersebut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai menjadi tumpuan semenjak akhir-akhir ini berikutan usaha membawa keluar rakyat asing sedang giat dijalankan. Selain daripada itu, rakyat Afghanistan yang berisiko menerima ancaman Taliban turut diterbangkan keluar ke negara ketiga.

Situasi menjadi genting berikutan Taliban telah menguasai Afghanistan dan kawasan lapangan terbang dipenuhi dengan orang ramai yang ingin lari ke luar negara.

Pada masa yang sama, Taliban telah memberi tempoh kepada mana-mana tentera asing untuk mengundurkan tentera mereka dari wilayah Asia Tengah itu sebelum 31 Ogos ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply