WELLINGTON, 26 Ogos – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyatakan peningkatan secara mendadak kes COVID-19 dalam komuniti di negara itu adalah berpunca dari varian Delta.
“Kita akan menjangkakan perkara ini akan berlanjutan lebih lama dan angka kes akan meningkat,
“Varian Delta merupakan satu perkara yang rumit,” kata Jacinda, lapor media New Zealand.
Pada masa yang sama, Jacinda menegaskan tindakan melaksanakan lockdown di Auckland dan Wellington telah berjaya penularan wabak tersebut ke kawasan lain.
“Langkah ini telah memberikan kesan positif,” katanya.
Hari ini, New Zealand merekodkan sebanyak 68 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi pada tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Dr Caroline McElnay dalam taklimat harian COVID-19 menyatakan angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dalam komuniti meningkat kepada 277 kes.
Penularan terbaharu COVID-19 ini bermula dengan kes komuniti yang dikesan di Auckland pada minggu lalu.
Kerajaan New Zealand dijangka akan memutuskan sama ada akan melaksanakan penutupan seluruh negara pada Jumaat ini. – airtimes.my