Home Politik PN setuju runding dengan parti luar untuk usul undi percaya – Muhyiddin

PN setuju runding dengan parti luar untuk usul undi percaya – Muhyiddin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5FT1mhN8zw8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketetapan ini dibuat bagi membolehkan kerajaan yang ada terus berfungsi mengurus pandemik COVID-19 hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

“Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bipartisan di Dewan Rakyat,

“Kerajaan yang akan wujud selepas usul undi percaya ini diluluskan adalah sebuah kerajaan yang lebih stabil dan inklusif,

“Stabil dengan dokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, serta inklusif dengan pengiktirafan kepada parti-parti pembangkang untuk memainkan peranan semak dan imbang yang lebih efektif dan menyeluruh. Kestabilan politik adalah amat penting dalam kita memerangi pandemik. COVID-19 dan memulihkan negara,” katanya pada perutusan khas, hari ini.

Menurutnya, kita harus akur dan sedar, proses pemulihan negara ini bukan satu usaha perkara yang mudah.

“Oleh itu, kita memerlukan sokongan, usaha dan tumpuan semua pihak yang untuk memulih dan mengembalikan negara yang kita cintai ini kepada landasan pembangunan dan pertumbuhan yang sihat.

“Apabila kita tidak dapat menstabilkan politik negara untuk membantu proses pemulihan, yang menanggung sengsara dan beban ini adalah rakyat. Yang rugi adalah rakyat dan tanah air kita ini,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply