Home Politik Muhyiddin: PRU-15 selewat-lewatnya hujung Julai 2022

Muhyiddin: PRU-15 selewat-lewatnya hujung Julai 2022

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=YOmphHzZcns[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat akujanji bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada hujung Julai tahun depan.

Beliau berkata, cadangan tersebut bergantung kepada situasi pandemik COVID-19 dalam negara.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.

Muhyiddin berkata, tujuan beliau kemukakan cadangan tersebut ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply